Akauntan kerugian RM916,700 terpedaya skim pelaburan saham palsu

TERTARIK dengan tawaran keuntungan antara 30 hingga 40 peratus, seorang akauntan wanita kerugian sebanyak RM916,700 selepas terpedaya dengan pelaburan saham tidak wujud.

Mangsa sebelum itu tertarik dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh 24 jam dan telah membuat 35 transaksi ke empat akaun bank tempatan antara 2 Oktober hingga 11 November lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee berkata,  mangsa yang berusia 55 tahun dimaklumkan bahawa keuntungan akan dipaparkan dalam aplikasi pelaburan RGFO Maxx, dan semakan mangsa mendapati kononnya jumlah keuntungan mencecah RM5.43 juta.

“Bagaimanapun, apabila mangsa cuba membuat pengeluaran, akaun aplikasi tersebut didapati disekat dan mangsa akhirnya menyedari dirinya telah ditipu sebelum membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Seng Lee berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img