PN tidak campur tangan siasatan kes Ahli Parlimen Padang Serai, serah kepada SPRM

PERIKATAN Nasional (PN) menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan kes Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin berkait projek usaha sama ternakan lembu kerajaan Kedah.

Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya tidak campur tangan dalam isu berkenaan dan enggan mengulas lanjut.

“Kita tidak campur urusan ini sebaliknya menyerahkan kepada proses perundangan.

“Kita mengambil pendekatan seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah di mahkamah.

“Dalam kes ini kita terbuka dan turut berharap Ahli Parlimen Padang Serai berkenaan turut diberi hak yang sewajarnya ,” katanya, lapor Berita Harian.

Semalam, Azman mengesahkan penahanannya mengakui akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Isnin ini.

Beliau berkata, pertuduhan akan dihadapinya di bawah Seksyen 53(3) Akta SPRM 2009 berkait satu projek usahasama ternakan lembu kerajaan Kedah didakwanya mempunyai unsur ‘pengaruh politik’.

Sumber SPRM sebelum itu memaklumkan seorang Ahli Parlimen ditahan berkaitan kes melibatkan usahasama ternakan lembu milik kerajaan Kedah.

Menurutnya, siasatan dijalankan sejak Februari lalu melibatkan dakwaan penerimaan kira-kira RM400,000 sebagai balasan membantu mendapatkan hak penggunaan tanah untuk projek fidlot.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img