Selepas tiga hari akhirnya mayat remaja lelaki lemas ketika cuba ambil bola ditemui

MAYAT remaja lelaki yang dilaporkan lemas ketika cuba mengambil bola dalam longkang di Lorong 1/3A, Taman Prima Saujana, Kajang  ditemui petang tadi.

Mayat Khalish Shahdan, 14, ditemui dalam takungan air berhampiran sebuah pasar raya di Prima Saujana selepas pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mengesan bau di kawasan itu.

Pencarian memasuki hari ketiga sejak Khalish dilaporkan hilang, sebelum mayatnya berjaya dikeluarkan jam 8.45 malam dan dibawa ke Hospital Kajang untuk bedah siasat, lapor Berita Harian.

Ibu saudara mangsa, Nor Zieta Ibrahim, 39, berkata ahli keluarga bergegas ke lokasi selepas dimaklumkan penemuan mayat sekitar jam 5 petang.

Katanya, pihak keluarga bersyukur kerana akhirnya mayat Khalish ditemui selepas menanti dengan penuh debaran selama tiga hari.

“Sepanjang tempoh ini, ahli keluarga mengadakan doa tahlil dan solat hajat supaya urusan pencarian dipermudahkan. Penemuan ini sedikit sebanyak meredakan keresahan ibu bapa mangsa yang kehilangan dua anak sekali gus,” katanya.

Dalam kejadian itu dua adik beradik berusia 12 dan 14 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang besar sebelum dihanyutkan arus deras.

Mayat Qayyum Shaqeel, 12, ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi terjatuh pada malam kejadian di Sungai Merbau, Kampung Sungai Kantan jam 7.47 malam.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img