MAJLIS Malam Cinta Nabi di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA, Sepang malam tadi dihadiri lebih 1,000 umat Islam.
Acara itu merupakan salah satu segmen sempena Majlis Khatam Al-Quran yang dianjurkan oleh Persatuan Halaqah Al-Quran dan Tahsin Tilawah Bestari Kali Ke-50 dan Festival Al-Quran di masjid yang sama pagi semalam.

Malam Cinta Nabi menyaksikan penampilan khas Sheikh Al-Sayyed Ashraf Hamid Hassanayn Al-Azhari dan Dr.Mohamed Sayed Soltan.
Kedua-dua majlis itu menghimpunkan ulama, qari dan pendakwah serantau bagi menghidupkan kecintaan kepada Rasulullah SAW melalui qasidah, selawat dan tausiyah serta mengangkat martabat l-Quran dan tradisi ilmu.
Majlis khatam itu telah bermula sejak 2009 dengan matlamat menyuburkan budaya membaca, memahami serta menghayati al-Quran dalam kalangan masyarakat.
Bermula dengan penyertaan kecil dan sederhana , majlis tersebut berkembang daripada sebuah himpunan ilmiah yang bersifat local kepada sebuah program berimpak besar yang sentiasa dinanti-natikan setiap tahun.
Sepanjang lebih sedekad penganjurannya majlis khatam berkenaan menjadi platform penyatuan para guru, pelajar, ahli kariah serta masyarakat umum. Melaluinya lahir suasana kecintaan kepada al-Quran yang semakin mekar, membentuk komuniti yang saling menguatkan antara satu sama lain.


