SKUAD badminton lelaki Malaysia mengesahkan slot ke final acara berpasukan lelaki Sukan SEA selepas mencatat kemenangan meyakinkan 3-1 ke atas tuan rumah, Thailand, hari ini.
Kejayaan itu menyaksikan Malaysia menyamai pencapaian mereka pada edisi di Kemboja dua tahun lalu, ketika mereka terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas kepada Indonesia.
Kemenangan ini turut membuka laluan kepada pertemuan yang amat dinantikan menentang seteru serantau, Indonesia, dalam aksi final yang dijadual berlangsung pada Rabu.


