Jenazah Daddy Rock selamat dikebumikan

JENAZAH pelakon watak gangster, Daddy Rock atau Shahrol Asikin Mohd Shahriff, 51, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Batu Caves, kira-kira pukul 3 petang tadi.

Kira-kira 300 ahli keluarga, saudara mara, dan rakan-rakan hadir memberikan penghormatan terakhir.

Terdahulu, jenazah dimandi dan disolatkan di Masjid Kampung Nakhoda.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang, pagi tadi selepas tiga hari sambutan ulang tahun kelahiran, Sabtu lalu.

Sebelum itu, Allahyarham ditidurkan oleh doktor pada Ahad berikutan kedua-dua kakinya tidak lagi berfungsi akibat darah beku.

Sepanjang karier lakonannya, Daddy Rock pernah membintangi pelbagai filem dan drama antaranya Kisah Paling Gangster, Jangan Pandang Belakang, Bohsia, Kampung People dan Gerak Khas dengan memegang watak antagonis.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img