22 orang terbunuh bangunan tujuh tingkat terbakar di Kemayoran, Jakarta

SERAMAI 22 disahkan terbunuh apabila  Bangunan Terra Drone di Kemayoran, Jakarta Pusat  terbakar sehingga memusnahkan keseluruhan bangunan itu.

Belasan pekerja ditemui dalam keadaan tidak bernyawa, sementara proses evakuasi masih diteruskan oleh anggota bomba.

Menurut laporan media Indonesia, mangsa dipercayai terperangkap di dalam pasar raya tersebut ketika api mula marak.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Jakarta Pusat mengeluarkan satu demi satu mayat dari dalam bangunan yang musnah terbakar itu. Sehingga kini, belum ada kenyataan rasmi mengenai jumlah keseluruhan mangsa cedera atau yang terkorban.

Semua jenazah yang berjaya dikeluarkan dibawa ke Hospital Polis (RS Polri), Jakarta Timur untuk proses pengecaman lanjut.

Ketua Kampung Cempaka Baru, Rahmat H, memaklumkan bahawa beberapa mangsa telah ditemui meninggal dunia di lokasi kejadian. Pada jam 14.50 WIB (pukul 3.50 petang), lima jenazah telah berjaya dikeluarkan. Jumlah itu kemudian meningkat seiring dengan proses pencarian.

“Sudah lebih daripada 10 orang yang terkorban dan pihak bertugas masih menjalankan proses evakuasi,” katanya.

Rahmat berkata, siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada litar pintas pada bateri dron yang meletup di tingkat 1. Ketika kejadian itu berlaku, para pekerja sedang berehat.

 “Kebakaran bermula di tingkat 1 kemudian merebak ke atas. Dan beberapa pekerja berlari ke tingkat atas sehingga terperangkap,” ujarnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img