Tindakan pemandu dua kereta halang laluan ambulans sungguh memalukan

POLIS sedang menyiasat tindakan pemandu dua buah kenderaan yang enggan memberikan laluan kepada sebuah ambulans ketika berada di laluan kanan Lebuhraya Shah Alam (KESAS) walaupun ketika itu siren dibunyikan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pagi ini selepas satu rakaman video tular dalam media sosial berhubung insiden tersebut.

Menurut beliau, kejadian berlaku kira-kira 1.30 petang semalam ketika ambulans itu dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sentosa di Klang untuk mengambil pesakit yang mengalami demam panas.

“Berdasarkan rakaman video tular itu, kenderaan ambulans terbabit telah dihalang oleh dua kenderaan di hadapan yang tidak memberi laluan walaupun siren dibunyikan.

“Pemandu ambulans tidak dapat mengenalpasti nombor pendaftaran kenderaan yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya atau mana-mana balai polis berhampiran.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img