Pengawal keselamatan Nepal liwat kucing didenda RM40,000

MAHKAMAH Sesyen Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman denda RM40,000 ke atas seorang pengawal keselamatan warga Nepal selepas dia mengaku bersalah meliwat kucing pada bulan lalu.

Hakim Nor Hasniah Ab Razak memutuskan hukuman itu terhadap Arman Shah, 33, selepas tertuduh yang masih bujang mengaku bersalah di atas satu pertuduhan mendera haiwan itu secara kejam.

Beliau turut memerintahkan lelaki itu dipenjara 15 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, Arman didakwa mendera binatang terbabit di tingkat empat sebuah pangsapuri di Kota Kemuning, Seksyen 31 di Shah Alam pada jam 12.30 tengah malam, 15 November lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang membawa hukuman penjara hingga tiga tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Arman yang tidak diwakili peguam merayu supaya hukuman terhadapnya diringankan.

“Saya salah, kurangkan hukuman, saya nak balik Nepal sebab mak sakit,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Sofea Jaysal menegaskan kelakuan tertuduh sangat keterlaluan, kejam dan tidak sepatutnya dinormalisasikan.

“Kes ini telah mendapat perhatian umum sehingga menimbulkan kemarahan dan kegusaran orang awam.

“Mohon hukuman berat sebagai pengajaran bukan hanya kepada tertuduh malah masyarakat,” katanya.

Media pada 21 November lalu melaporkan, pengawal keselamatan itu dihukum penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Shah Alam atas dua pertuduhan iaitu berpakaian separuh bogel dan memasuki Malaysia tanpa dokumen sah.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img