Hampir 30 tahun dikebumikan jasad dermawan masih utuh…ini rahsianya..

KEADAAN jasad seorang lelaki yang masih utuh walaupun dikebumikan 30 tahun lalu di daerah Luwu Utara, Sulawesi menarik perhatian penduduk.

Kubur  lelaki bernama Zainuddin dibongkar uuntuk dipindahkan ke Kampung Bakka, Sabbang, yang tidak jauh dari rumah anak arwah. Kain kafan yang menutupi jasad Zainuddin masih kelihatan utuh dan bersih ketika dipindahkan.

Menurut adiknya, Syarifuddin kepada portal detikSulsel, abangnya dikenali sebagai seorang yang dermawan.

“Kalau tentang sosok arwah, dia memang sangat dermawan. Malah semalam ketika digali, ada orang yang berkata bahawa arwah selalu memberinya macam-macam semasa hidup,” katanya

Penduduk setempat mengenang Zainuddin sebagai individu yang kerap memberi bantuan. Zainuddin juga dikenal sering membantu warga yang berada dalam kesusahan.

“Semalam ketika jasad kami keluarkan dari makam, ada penduduk yang berkata bahawa semasa bersekolah dia sering diberi wang belanja dan buah oleh arwah,” kata Syarifuddin.

Sepanjang hayatnya, Zainuddin menghabiskan banyak masa untuk berkebun. Allahyarham juga pernah bekerja sebagai pemandu pelancong.

“Arwah seorang penyabar, agak pendiam, suka berkongsi. Dia ada kebun buah-buahan dan suka memberi kepada keluarga serta penduduk sekitar,” ujar Syarifuddin.

Syarifuddin menyebut abangnya juga dikenal sebagai seorang yang taat beribadah. Zainuddin tidak pernah meninggalkan solat lima waktu semasa hidupnya.

“Dalam kehidupan sehari-harinya, dia sering mengunjungi adik-beradiknya apabila mereka ada masalah, dan sepanjang itu saya lihat dia tidak pernah meninggalkan solat lima waktu walaupun sedang bekerja,” katanya.

Menurut Syarifuddin, abangnya meninggal dunia sehari selepas Aidilfitri pada tahun 1995. Saudaranya sempat datang ke rumah arwah untuk bersilaturahim sehari sebelum pemergiannya.

“Dia meninggal itu sehari selepas Hari Raya Aidilfitri 1995. Dia meninggal secara tiba-tiba pada pagi keesokannya

“Kami semua terkejut kerana masih betul-betul utuh. Jadi kami panggil ambulans untuk membantu membawa jenazahnya. Aneh sekali, semua kayu yang digunakan untuk menutup jenazah di makam hilang tidak bersisa.

“Sudah hampir 30 tahun (dikebumikan), jadi kami fikir yang tinggal hanya rangkanya. Jadi kami hanya bawa sarung dengan rancangan untuk menyimpan tulangnya di situ,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img