Faktor cemburu dipercayai punca lelaki bunuh, simpan mayat isteri

POLIS tidak menolak kemungkinan faktor cemburu menjadi punca seorang lelaki membunuh isterinya dengan mengelar leher mangsa sebelum menyimpannya selama empat hari di sebuah flat di Jalan Tuna, Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini.

Meskipun begitu, polis masih menyiasat secara terperinci punca sebenar kejadian dan motif suspek yang berusia 28 tahun melakukan jenayah sedemikian.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, siasatan awal mendapati suspek bertindak membunuh isterinya kerana cemburu.

“Bagaimanapun polis masih menjalankan siasatan lanjut kerana tindakannya yang sanggup tinggal bersama isterinya beberapa hari selepas wanita itu mati menimbulkan tanda tanya.

“Ujian air kencing ke atas lelaki itu juga negatif dadah dan polis sedang melengkapkan siasatan kes itu untuk tindakan seterusnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Azizee berkata, polis percaya dengan penahanan lelaki yang tidak bekerja itu berjaya menyelesaikan kes berkenaan dan suspek kini direman sehingga 18 Disember bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jenazah mangsa, Allahyarham Wan Khairul Safinah, 44, telah dituntut ahli keluarganya dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Suka Menanti, Alor Setar selepas solat Asar semalam.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img