Kutipan hasil JKDM RM73.27 bilion tahun ini, lepasi unjuran kerajaan

JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melepasi sasaran kutipan hasil negara bagi tahun 2025 apabila merekodkan kutipan sebanyak RM73.27 bilion sehingga 16 Disember 2025.

Pencapaian itu bukan sahaja mengatasi sasaran awal berjumlah RM67.25 bilion malah turut melepasi unjuran semakan semula RM73.26 bilion yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata, unjuran hasil semakan semula tersebut ditetapkan pada 10 Oktober 2025 menerusi Laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2026.

“Sehingga 16 Disember 2025, JKDM berjaya merekodkan kutipan hasil sebanyak RM73.27 bilion, sekali gus mencatat lebihan RM6.02 bilion atau 108.95 peratus berbanding sasaran awal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pencapaian itu membuktikan keupayaan JKDM melaksanakan tanggungjawab mengutip hasil negara secara berkesan, selari dengan keperluan fiskal semasa.

“JKDM akan terus komited meningkatkan kutipan hasil secara berterusan bagi menyokong agenda Malaysia Madani serta menyumbang kepada kemakmuran dan pembangunan negara,” katanya.

Menurut Anis Rizana, jabatan itu turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Kewangan, agensi penguat kuasa serta rakan strategik media atas sokongan dan kerjasama berterusan dalam memastikan kelancaran kutipan hasil negara.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img