DUA beranak maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kampung Melintang, di Jeli, hari ini.
Dalam kejadian pukul 1.50 petang itu, seorang lelaki bersamanya yang menaiki Perodua Alza disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, dipercayai akibat parah selepas tersepit dalam kenderaan berkenaan.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohammad Asraf Mat Naz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 1.59 tengah hari.
Katanya, lapan anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian dan sebaik sampai mendapati kemalangan itu melibatkan kereta Perodua Alza dan Toyota Lexus yang bertembung.
“Kemalangan itu menyebabkan Perodua Alza terbalik dan terhumban ke bawah tebing jalan.
“Terdapat dua mangsa dalam Perodua Alza tersepit yang dikeluarkan sebelum disahkan meninggal dunia, manakala pemandu Toyota Lexus hanya cedera ringan,” katanya lapor Sinar Harian.


