Dana biaya naik: Bumiputera TEKUN RM500 juta, usahawan India RM50 juta, skim PMKS masyarakat Cina  RM50 juta dilancar Januari

DANA pembiayaan Bumiputera bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional akan dinaikkan daripada RM300 juta tahun ini kepada RM500 juta tahun depan, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim.

Beliau berkata, ia sebagai dasar pemerkasaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta koperasi merentas kaum.

“Pembiayaan untuk usahawan India melalui Skim Pembiayaan Usahawan Masyarakat India akan dinaikkan daripada RM30 juta kepada RM50 juta pada 2026, manakala satu skim baharu pembiayaan PMKS masyarakat Cina sebanyak RM50 juta akan dilancar pada Januari 2026.”

Beliau berkata demikian selepas sesi taklimat pengurusan tertinggi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop)di Putrajaya.

Sim berkata, moratorium enam bulan tanpa faedah juga akan diberikan kepada PMKS dan koperasi terjejas banjir yang merangkumi pinjaman daripada tujuh agensi di bawah Kuskop.

Ia termasuk Suruhanjaya Koperasi Malaysia, SME Corp Malaysia, Tekun Nasional, Bank Rakyat, SME Bank, Perbadanan Nasional Berhad dan Amanah Ikhtiar Malaysia.

Sementara itu, Sim berkata, Kuskop mendapat mandat penting daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan pertumbuhan ekonomi rakyat melalui pemerkasaan perusahaan PMKS dan gerakan koperasi.

“Hari ini, saya telah menggariskan satu strategi bagi memfokuskan usaha warga Kuskop bagi mencapai mandat mengemudi pertumbuhan perniagaan Malaysia mengikut strategi ABCD.

“Ia merangkumi Anjakan produktiviti, Birokrasi dipermudah, Capaian modal dan Daya akses pasaran.”

Dalam perkembangan lain, Sim berkata, isu pertukaran portfolionya tidak patut dianggap penurunan pangkat atau ‘downgrade’, sebaliknya tumpuannya kini untuk terus memperkukuh sektor keusahawanan dan koperasi negara.

Kelmarin, Selasa, Anwar mengumumkan rombakan Kabinet membabitkan 28 menteri dan timbalan menteri, merangkumi pertukaran portfolio serta lantikan baharu sebagai langkah penstrukturan semula bagi memperkukuh kecekapan pentadbiran serta memastikan pelaksanaan dasar kerajaan berjalan lebih berkesan.

Sim sebelum rombakan ialah Menteri Sumber Manusia.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img