Mayat dikelar dalam Sungai Kelantan, empat pekebun ditahan reman bantu siasatan

EMPAT pekebun sawit dan getah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki di Sungai Kelantan berhampiran Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu pada 24 Ogos lepas.

Perintah reman terhadap empat lelaki berusia lingkungan 50-an itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid bermula hari ini hingga Selasa depan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata, tahanan reman tersebut bertujuan membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah akibat kesan kelar pada bahagian leher.

“Mangsa merupakan warga tempatan dan usaha sedang dijalankan bagi mengenal pasti identitinya melalui padanan cap jari serta laporan DNA,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 25 Ogos lepas, Bernama melaporkan mayat seorang lelaki dengan kesan luka di leher ditemukan terapung di tebing Sungai Kelantan berhampiran Jambatan Sultan Yahya Petra, di sini.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img