Pegawai dan anggota polis IPD Kubang Pasu cedera dalam kemalangan

SEORANG pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, Kedah cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 212.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat Taiping, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, kemalangan berlaku pada jam 7.50 pagi apabila lori dinaiki dua lelaki berusia 32 dan 33 tahun dari Johor menghala ke Parit Buntar, Perak terbabas dan melanggar kereta polis jenis Honda City.

“Berikutan kemalangan itu, pemandu berusia 25 tahun dan penumpang berumur 44 tahun cedera di kepala dan badan. Mereka kemudian segera dibawa ke sebuah hospital swasta di Taiping untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Nasir berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor V Gunalan di talian 012- 627 3761.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img