Maritim Malaysia rampas 245 ekor haiwan dilindungi

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas sejumlah 245 ekor hidupan liar yang dilindungi dalam operasi bersepadu bersama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di sebuah kelong di perairan Batu Pahat, Johor malam tadi.

Pengarah Zon Maritim Malaysia Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Zaini Zainal berkata, rampasan berkenaan dilakukan kira-kira jam 10.30 malam di sebuah kelong di Sungai Ayam pada kedudukan 1.2 batu nautika barat daya Sungai Suloh.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan pihaknya di kelong terbabit menemukan sejumlah 245 ekor haiwan dipercayai dilindungi terdiri daripada 234 burung murai kampung, 10 ekor ular sawa dan seekor monyet.

“Kegiatan ini disyaki telah melanggar peruntukan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. Kesemua hidupan liar yang diselamatkan ini telah dibawa ke Zon Maritim Malaysia Batu Pahat sebelum diserahkan kepada Jabatan Perhilitan negeri Johor untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Zon Maritim Malaysia Batu Pahat menegaskan komitmen dalam membanteras sebarang aktiviti penyeludupan serta pemerdagangan hidupan liar dan akan terus bekerjasama dengan agensi penguat kuasa lain demi memelihara khazanah biodiversiti negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img