Zahid tafsirkan sepucuk  surat MIC kepada PN  isyarat beralih kesetiaan

DATUK Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan, sepucuk surat tersebar daripada MIC yang  menghantar inkuiri mengenai proses kemasukan dalam Perikatan Nasional (PN) yang mana  beliau mentafsirkan ia sebagai isyarat beralih kesetiaan.

Sehubungan itu Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu sekali lagi menegaskan, gabungan itu akan menentukan nasib MIC sekiranya parti itu terus ragu-ragu sama ada mahu kekal atau tidak dalam pakatan diasaskannya bersama lebih tujuh dekad lalu.

“Jika kepimpinan semasa tidak mampu membuat keputusan, walaupun perwakilan telah memberikan kuasa penuh kepada kepimpinan parti untuk berbuat demikian, maka saya ingin tegaskan sekali lagi…jika mereka tidak membuat keputusan, kami akan membuat keputusan,” katanya ketika ucapan perasmiannya di Perhimpunan Agung Tahunan Makkal Sakti yang ke-17.

Pada sidang media beliau yang menyentuh mengenai surat berkenaan berkata, jika MIC tetap dengan sikap tidak menentu, kepimpinan BN akan menentukan nasib partinya.

“Kami tidak mahu keadaan di mana satu perkara diperkatakan pada waktu pagi, perkara lain pada waktu petang, dan berubah lagi keesokan harinya,” katanya.

Semalam, Ahmad Zahid menyatakan status MIC dalam BN akan dibincangkan pada mesyuarat Dewan Tertinggi gabungan tersebut tahun depan.

Sementara itu, beliau berkata, kepimpinan BN akan bertemu tidak lama lagi untuk mempertimbang sama ada gabungan itu perlu dijenamakan semula atau distruktur semula, memandangkan terdapat halangan perlembagaan menghalang kemasukan parti ‘teras’ baharu.

Katanya, di bawah Perlembagaan sedia ada, kemasukan parti baharu memerlukan kelulusan sebulat suara daripada UMNO MCA, MIC, dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

“Sebab itulah parti-parti ‘Friends of BN’ kekal sebagai ahli bersekutu disebabkan oleh kekangan perlembagaan. Oleh itu, sehingga pindaan dilakukan, saya menghargai kesetiaan dan kesabaran barisan kepimpinan Friends of BN,” katanya

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img