Golongan muda paling ramai jadi mangsa penipuan – Polis

GOLONGAN belia lingkungan 21 hingga 30 tahun merekodkan jumlah mangsa penipuan jenayah telekomunikasi tertinggi dalam tempoh Januari hingga November tahun ini, melibatkan 8,789 kes.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman dalam kenyataan, memaklumkan dalam tempoh berkenaan, 28,698 kes jenayah telekomunikasi dilaporkan di seluruh negara dengan jumlah kerugian mencecah RM715 juta.

“Kumpulan umur 31 hingga 40 tahun mencatatkan jumlah mangsa kedua tertinggi iaitu 6,825 mangsa, diikuti golongan berusia 41 hingga 50 tahun melibatkan 4,977 mangsa. Selain itu, sebanyak 3,382 individu berusia 51 hingga 60 tahun turut dilaporkan menjadi mangsa manakala 2,763 direkodkan dalam kalangan warga emas berusia lebih 60 tahun,” menurut kenyataan yang dikongsikan menerusi Facebook JSJK.

Kenyataan itu memaklumkan, kumpulan umur 15 hingga 20 tahun pula mencatatkan 1,962 mangsa.

“Situasi ini membuktikan bahawa jenayah telekomunikasi memberi kesan kepada semua lapisan umur dan orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada serta tidak mudah terpedaya dengan sebarang bentuk penipuan,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, orang ramai yang menjadi mangsa boleh membuat laporan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997, membuat semakan melalui portal Semak Mule serta melaporkan kejadian kepada polis untuk tindakan lanjut.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img