Titah Adendum: Nasib Najib diketahui esok….jalani hukuman di rumah atau kekal di penjara

SUDAH pasti esok perhatian  seluruh negara akan tertumpu kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang akan memutuskan sama ada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan dibenarkan untuk menjalani hukuman penjara di rumah atau kekal di Penjara Kajang.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu menjalani hukuman pemenjaraan lebih tiga tahun sejak 23 Ogos 2022 selepas dihukum penjara enam tahun dan denda RM50 juta kerana bersalah atas kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Jika bekas pemimpin UMNO itu berjaya dalam permohonannya, maka dia akan menjalani hukuman penjara di kediaman sendiri. Bagaimanapun, sekiranya mahkamah menolak permohonan tersebut, maka Najib perlu kekal di penjara yang sama dan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Berikut adalah kronologi isu Titah Adendum membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

29 Januari 2024: Dakwaan wujudnya Titah Adendum  Yang di-Pertuan Agong ke-16, bolehkan baki hukuman penjara Najib dijalani di bawah tahanan rumah.

12 Februari 2024 : Najib nyatakan terdapat Titah Adendum.

1 April 2024 : Najib failkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi KL

27 Mei 2024 : MB Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail failkan afidavit sokong permohonan Najib.

3 Julai 2024: Mahkamah Tinggi KL tolak semakan kehakiman Najib. Putuskan afidavit sokongan Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi dan Wan Rosdy  sekadar khabar angin dan tidak boleh diterima.

2 Disember 2024 : Anak sulung Najib, Datuk Mohamad Nizar terima dokumen  Istana Pahang sebagai bukti tambahan baharu.

6 Januari 2025: Mahkamah Rayuan benarkan semakan Najib. Kes dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk didengar, selepas peguam kemuka surat Istana Pahang sahkan Titah Adendum wujud.

1 Julai 2025: Mahkamah Persekutuan tolak bantahan awal Najib terhadap rayuan Peguam Negara berhubung kewujudan satu dokumen tambahan.

9 Julai 2025: Peguam Negara kata tidak pertikaikan kewujudan Titah Adendum cuma bantah cara dokumen dikemukakan.

7 Ogos 2025: Mahkamah Persekutuan tetapkan 13 Ogos  keputusan rayuan peguam negara  terhadap kebenaran semakan kehakiman Najib di Mahkamah Tinggi.

13 Ogos 2025: Peguam Negara (AG) gagal dalam rayuan ketepikan keputusan benarkan Najib mulakan prosiding semakan kehakiman.

25 November 2025 – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 22 Disember keputusan Titah Adendum Najib yang akan dibuat oleh Hakim, Datuk Alice Loke pada pukul 9 pagi.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img