PGA rampas rokok putih lebih RM2.8 juta

PASUKAN Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara mematahkan cubaan menyeludup rokok putih tanpa cukai yang dianggarkan bernilai lebih RM2.8 juta dalam serbuan Ops Taring Wawasan Kelantan di Jalan Kampung Pek di Kota Bharu awal pagi ini.

Serbuan kira-kira jam 6.30 pagi dilakukan anggota risik Batalion 9 PGA selepas mengesan sebuah lori jenis Isuzu NPR dalam keadaan mencurigakan semasa melakukan rondaan rutin.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, setelah ditahan dan diperiksa, pihaknya menemukan beberapa kotak coklat dibalut plastik lutsinar mengandungi 1.5 juta batang rokok putih tanpa cukai dianggarkan bernilai RM2.805 juta.

“Kejayaan operasi ini diyakini dapat memutuskan rangkaian sindiket pengedaran dan penyeludupan rokok tidak bercukai di sekitar kawasan pantai timur Semenanjung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad Radzi, dua lelaki berusia 45 dan 53 tahun ditahan selain pihaknya juga merampas lori bernilai RM80,000 yang digunakan dalam kegiatan penyeludupan itu.

Katanya, suspek dan kesemua rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img