Dua warga asing ditahan sorok dadah dan pistol di bengkel

POLIS menahan dua lelaki warga asing dan merampas sepucuk pistol, peluru hidup serta pelbagai jenis dadah dalam serbuan di sebuah bengkel kontena di Perai, Bukit Mertajam awal pagi ini.

Dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi itu hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis telah menahan dua lelaki masing-masing berusia 39 dan 53 tahun.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, hasil pemeriksaan ke atas seorang daripada lelaki itu menemukan sepucuk Revolver 0.38 yang disembunyikan di pinggang seluar manakala sejumlah 21 butir peluru disembunyikan dalam anak patung.

“Polis turut merampas dadah jenis methamphetamine sebanyak 931.43 gram (g), ganja (126g) dan 10 biji pil eramin 5 yang disembunyikan dalam sebuah kenderaan serta pelbagai peralatan menghisap dadah dan sebuah kereta Nissan Almera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Helmi, siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap dua lelaki itu dan mereka kini direman tujuh hari sehingga 27 Disember depan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img