‘’…Saya tunggu mahkamah ‘rasmi’ terowong Pulau Pinang…’’ – Tok Mat Hasan

TIMBALAN Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, hari ini menyindir  selepas seorang Ahli Parlimen parti itu meraikan kegagalan Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah.

Dalam satu hantaran di Facebook, Mohamad menulis: “Saya menunggu untuk meraikan apabila mahkamah ‘merasmikan’ terowong Pulau Pinang pada pertengahan 2026.”

Beliau tidak menamakan mana-mana individu secara khusus, namun kenyataan itu dipercayai merujuk kepada perbicaraan kes rasuah projek terowong dasar laut membabitkan penasihat DAP, Lim Guan Eng.

Mohamad yang merupakan Ahli Parlimen Rembau antara pemimpin terkini daripada yang membidas tindakan Setiausaha Pubsiti DAP, Yeo Bee Yin.

Semalam UMNO Pahang mengecam sekeras-kerasnya kenyataan biadab Bee Yin.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tindakan tersebut bukan sahaja tidak wajar malah mencerminkan keangkuhan politik serta ketandusan adab dan sensitiviti yang menyentuh perasaan banyak pihak terutamanya ahli keluarga bekas Perdan Menteri itu serta ahli-ahli UMNO khususnya.

Menurutnya, keputusan mahkamah tidak seharusnya dijadikan pentas sorakan politik murahan.

“Meraikan keputusan tersebut dengan ejekan dan sindiran merupakan satu perbuatan yang hanya menampakkan ketidakmatangan dan kekeringan nilai seorang wakil rakyat.

“Jika mahu berkawan, berkawanlah dengan adab dan keikhlasan, bukan dengan ejekan kosong yang akhirnya menyebabkan diri yang begitu angkuh tenggelam dalam kesombongannya sendiri,” katanya melalui kenyataan.

Wan Rosdy yang juga Pengerusi UMNO Pahang berkata, pihaknya akan terus berdiri teguh, tidak goyah dan tidak sesekali berundur dalam memberikan sokongan serta meneruskan usaha mencari keadilan untuk bekas perdana menteri itu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img