Wanita warga emas pemandu e-hailing cedera parah dikelar, suspek ditimpa kemalangan tidak lama kemudian

SEORANG wanita warga emas yang merupakan pemandu e-hailing cedera parah akibat diserang dan dikelar oleh seorang lelaki di kawasan tempat letak kereta di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, mangsa yang berusia 60 tahun diserang oleh seorang lelaki tempatan yang dikenalinya menggunakan senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, berikutan kejadian itu mangsa mengalami kecederaan parah di leher dan lengan kiri akibat kesan kelar sebelum dikejarkan ke Hospital Cyberjaya untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Norhizam, suspek dikatakan melarikan diri dari lokasi kejadian dengan memandu kereta milik mangsa jenis Perodua Bezza.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 11.15 malam tadi, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Negeri Sembilan mengesahkan seorang lelaki tempatan berusia 69 tahun, dipercayai suspek terlibat dalam kemalangan jalan raya di Taman Desa Melati, Fasa 3 di Nilai.

“Suspek ditemukan dalam keadaan berlumuran darah serta mengalami kecederaan di bahagian leher. Kita turut menemui sebilah kerambit,” katanya.

Beliau berkata, suspek kemudiannya dibawa ke Hospital Cyberjaya untuk mendapatkan rawatan sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pemantauan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Faiz Zuki di talian 011-2732 8077.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img