Ikhtiar tidak akan ternoktah di sini….masa akan menentukan segalanya – kata dua anak Najib

DATUK Seri Najib Tun Razak berada dalam keadaan ceria dan telah mengemas sebahagian barangan di penjara dengan harapan keputusan Mahkamah Tinggi semalam memihak kepadanya untuk menjalani tahanan rumah.

Bagaimanapun kata anaknya Mohammad Nizar, mereka sekeluarga hampa dan kecewa apabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman bapanya berkait Titah Adendum mengenai tahanan rumah itu.

“Saya pun bila bertemu dengan ayahanda saya lihat mukanya mula-mulanya ceria pada waktu pagi dan telah mengemaskan sebahagian daripada barang-barang di tempat dia tinggal.

“Kecewa sebab kita telah lama perjuangkan tahanan rumah ini, sejak awal tahun lepas di mana saya sendiri yang terima salinan titah adendum daripada Sultan Pahang sendiri. Dokumen itu memang wujud. Memang titah itu wujud.

“Yang membuat semua orang kecewa dan marah titah Adendum sebenarnya disorok, kewujudannya tidak diiktiraf sehinggalah pihak peguam ayahanda buat semakan kehakiman,” katanya dalam satu video yang dimuatnaik di TikTok miliknya, lapor Malaysiakini.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Najib untuk menjalani baki hukuman penjara bawah tahanan rumah.

Hakim Alice Loke memutuskan titah adendum Yang di-Pertuan Agong mengenai penahanan rumah itu bukan perintah sah yang dibuat dalam pelaksanaan prerogatif pengampunan.

Bagaimanapun  Mohammad Nizar berkata, ‘’ Apa cara sekali pun kita akan terus berikhtiar ia tidak akan ternoktah di sini.’

Datuk Mohd Nazifuddin Najib

Sementara itu, seorang lagi anak Najib, Mohd Nazifuddin membidas mereka yang memilih untuk bergembira dengan keputusan mahkamah semalam.

“Dan kepada mereka yang memilih untuk bergembira dan meraikan keputusan semalam nikmatilah kemenangan politik terbesar anda: menjatuhkan sebuah kerajaan lama yang telah membina negara ini ke tahap hari ini.

“Selain meraikan sabitan seorang ahli politik Melayu, apakah lagi yang telah dilakukan untuk rakyat — sama ada Melayu, Cina atau India? Saya percaya rakyat mampu menilai sendiri. Lihat sahaja apa yang berlaku di Sabah. Masa akan menentukan segalanya,” katanya dalam satu kenyataan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img