Bapa maut, dua anak cedera kereta rempuh tiang elektrik

SEORANG lelaki maut manakala dua anaknya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan merempuh tiang elektrik di Kilometer 31, Jalan Kota Bharu–Kuala Krai berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Samad, Pulai Chondong, di Machang petang ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa yang maut merupakan penumpang hadapan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, siasatan awal mendapati, semasa kejadian kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki bersama abang dan ayahnya dalam perjalanan pulang dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu ke Kuala Krai selepas selesai urusan temu janji perubatan.

Menurutnya, sebaik sahaja tiba di lokasi kereta itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh tiang elektrik di bahu kiri jalan.

“Berikutan rempuhan itu, pemandu dan penumpang belakang mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Machang untuk rawatan lanjut, manakala penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Sinar Harian.

Menurut Ahmad Shafiki, kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil menghubungi talian 011-1945 4020 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Machang di 09-975 1222.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img