Polis tahan pengasuh taska kes dera beberapa bayi

SEORANG pengasuh ditahan bagi membantu siasatan dakwaan kes dera beberapa bayi berusia antara enam hingga sembilan bulan di sebuah taska di Alam Indah, Cheras, di ibu negara baru-baru ini.

Suspek yang merupakan wanita tempatan berusia 26 tahun itu ditahan pada 16 Disember lalu susulan laporan diterima polis.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, polis menerima tiga laporan berhubung kes ini dan siasatan mendapati hanya seorang sahaja suspek terlibat.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) a Akta Kanak-Kanak 2001 dan dilakukan oleh Bahagian D11, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur,”  katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita mendakwa trauma selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial memaparkan anaknya berusia enam bulan dicampak, digolek dan ditampar pengasuh di taska terbabit.

Rakaman itu mencetuskan kemarahan orang ramai serta kebimbangan ibu bapa lain selain terdapat dakwaan beberapa bayi lain turut menjadi mangsa di taska itu.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img