KETUA Dewan Ulama Pas Perlis, Ahmad Adnan Fadzil menegaskan, tiada siapapun dalam Pas mengkhianati parti tersebut termasuklah tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang tergugur keahlian kerana membuat akuan berkanun menarik sokongan terhadap Mohd Shukri Ramli sebagai Menteri Besar.
Tiga ADUN tersebut ialah ADUN Chuping Saad Seman, Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji) dan Fakhrul Anwar Ismail (Bintong).
Sebaliknya kata Ahmad Adnan hanya ada pihak yang gagal memainkan peranan sepatutnya sebelum ia menjadi kemelut seperti sekarang.
‘’Saya kenal Cikgu Syukri. Saya juga kenal YB Saad, YB Us Ridhwan dan YB Fakhrul. Mereka semua rakan-rakan setia dalam PAS. Tiada siapa dari mereka yang mengkhianati parti,’’ katanya dalam kenyataan melalui Facebook.
Beliau juga menegaskan Bersatu dan Pesuruhjaya Pas Perlis, Datuk Seri Shahidan juga tidak terlibat dalam kemelut itu.
‘’Siapa tidak tahu cerita sebenar tak usah meneka dalam kesamaran. Biar pimpinan dan mereka yang terlibat menyelesaikan kemelut ini dengan damai. Tapi jika ada yang jahat dan malampau kita doakan hukuman Allah SWT (kecuali mereka bertaubat). Yang tersalah kita mohon Allah SWT betulkan dan yang teraniayai pasti ALLAH akan menolongnya.
‘’ Kekalkan kasih sayang sesama kita saudara muslim sebagaimana yang dikehehdaki Allah. Jadilah pendamai, bukan pengadu domba. Kehidupan bukan hanya di dunia, tetapi juga di akhirat. Selamatkan diri kita dari muflis di sana,’’ kata beliau.


