‘’Sampai masa Pas ambil alih terajui PN’’ – Ketua Pemuda Pas

SELEPAS membuat catatan, ‘’Pergilah: Usahlah kembali lagi’’ malam tadi melalui Facebook beliau, hari ini Ketua Pemuda Pas Afnan Hamimi Taib Azamudden menegaskan, dengan apa yang berlaku di Perlis layak sangat Pas mengambilalih mengetuai Perikatan Nasional.

Katanya yang juga Ahli Parlimen Alor Setar, fakta jelas ‘kawan kita’ (merujuk Bersatu) gagal mengawal ADUN  itu menandatangani  akuan berkanun (SD) menolak ADUN Sanglang Mohd  Shukri.

‘’Bila ditanya, dijawab tiada arahan untuk ADUNnya sign SD. Didesak ambil tindakan tegas seperti Pas ambil tindakan terhadap 3 bekas ADUN Pas. Tapi sehingga kini tiada tindakan. Bahkan, dihantar pula nama untuk jadi MB. Tak bagi arahan. Tapi tak ambil tindakan. Kedua-duanya membawa maksud merestui tindakan,’’ katanya dalam kenyataan melalui Facebook beliau.

Hubungan Pas dan Bersatu tegang berikutan krisis politik di Perlis yang tercetus apabila lima ADUN Bersatu dan tiga ADUN Pas menandatangani SD menarik sokongan terhadap Mohd Shukri sebaga Menteri Besar.

Baru-baru Presiden Bersatu yang Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,tiada arahan dikeluarkan kepada ADUN Bersatu di Perlis untuk menandatangani sebarang SD.

Beliau yang juga bekas Perdana Menteri berkata,Bersatu menghantar nama calon Menteri Besar atas titah istana.

Afnan Hamimi seterusnya berkata, ‘’kawan yang tidak mampu mengawal anak buah adalah kawan yang lemah. Kawan yang menjatuhkan kawan, ini kawan yang khianat’’.

‘’Pas take over (ambil alih) PN, Presiden Pas sebagai Pengerusi PN. PN 2.0 + MN 2.0. Yang khianat tak boleh dibuat kawan!Yang lemah tak boleh jadi ketua!Yang khianat, sila berambus!Yang lemah, sila turun!

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img