Mayat anak perempuan jurulatih Valencia ditemukan di Taman Negara Komodo

SALAH satu mayat dipercayai mangsa tragedi tenggelamnya kapal pelancong KM Putri Sakina ditemukan di kawasan Taman Negara Komodo, iaitu di Pulau Serai.

Mayat itu dikenalpasti anak perempuan kepad Jurulatih Valencia, Martines Fernando yang turut terkorban dalam kejadian pada Jumaat lalu.

 Pengesahan dibuat oleh isteri Fernando, Amanda, yang terselamat dalam kejadian tragis tersebut.

Penyelaras Pos Pasukan Mencari Menyelamat (SAR) Labuan Bajo, Edy Suryono, berkata, mayat itu ditemukan oleh nelayan tempatan dalam keadaan terapung kira-kira jam 6.15 pagi waktu tempatan di perairan Pulau Serai.

Mayat tersebut kemudian dibawa ke Selat Cincin sebelum diserahkan kepada gabungan SAR.

“Sekitar pukul 6.20 pagi (pukul 7.20 pagi waktu Malaysia), pasukan SAR gabungan bergerak ke lokasi penemuan dan segera menjalankan operasi pemindahan,” katanya.

Selepas operasi pemindahan, mayat dibawa ke Labuan Bajo menggunakan ambulans laut. Ketibaan di Pelabuhan Marina Labuan Bajo diselubungi suasana pilu apabila Amanda mengesahkan bahawa mayat tersebut ialah anak perempuannya.

Amanda membuat pengecaman identiti selepas melihat sendiri mayat di dalam ambulans, disambut dengan tangisan ahli keluarga serta penumpang terselamat lain.

“Itu anak perempuan saya,” jerit Amanda dalam keadaan teresak-esak.

Mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Umum Daerah (RSUD) Merombok untuk tindakan lanjut.

Seramai empat warga negara Sepanyol, iaitu Martin Carreras Fernando bersama tiga orang anaknya — Martin Garcia Mateo, Martines Ortuno Maria Lia dan Martinez Ortuno Enriquejavier — dilaporkan hilang. Pasukan SAR gabungan masih meneruskan usaha pencarian mangsa lain.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img