Polis buru suspek lelaki curi beg, motosikal milik warga emas di masjid

POLIS sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki mencuri beg dan sebuah motosikal milik seorang warga emas di sebuah masjid di Batu Uban, di Georgetown semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian daripada mangsa yang berusia lingkungan 70-an pada hari yang sama.

TANGKAP layar rakaman CCTV seorang lelaki mencuri motosikal milik lelaki warga emas yang sedang berehat selepas mencuri beg mangsa di sebuah masjid di Batu Uban, Pulau Pinang semalam

“Berdasarkan laporan polis, beg mengandungi wang tunai RM100 dan motosikal terbabit dicuri ketika mangsa berada di dalam masjid.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek boleh menyalurkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Bernama.

Terdahulu, tular menerusi media sosial video berdurasi 30 saat memaparkan seorang lelaki memakai baju warna hitam telah mengambil satu beg milik seorang warga emas yang sedang berehat di dalam sebuah masjid sebelum turut melarikan motosikal milik mangsa.

Video itu merupakan rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) di dalam masjid terbabit.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img