Pasukan penyelamat hentikan gerakan mencari pemancing hilang, berikutan tiada petunjuk baharu

OPERASI mencari dan menyelamat seorang pemancing lelaki yang dilaporkan hilang ketika memancing di Jalan Ban Sungai Belanak, Juru di Bukit Mertajam sejak Sabtu lalu ditamatkan hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, operasi pencarian terpaksa ditamatkan selepas tiada petunjuk baharu ditemukan susulan nasihat serta keputusan pihak polis.

Ariff Aiman Ishak

Menurut beliau, mangsa dikenali sebagai Ariff Aiman Ishak, 23, dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar memancing, sebelum ahli keluarganya membuat laporan polis.

Katanya, kehilangan mangsa disedari selepas ahli keluarga menemukan topi keledar dan peralatan memancing milik mangsa yang masih berada di atas pelantar di lokasi terakhir dia dilihat.

“Pihak bomba menerima maklumat kejadian daripada pihak polis pada jam 5.36 petang pada Sabtu lalu, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menjalankan pencarian berdasarkan maklumat awal yang diterima, dengan mangsa dikhuatiri lemas.

“Bagaimanapun, operasi pencarian terpaksa ditamatkan pada jam 6.30 petang ini selepas tiada petunjuk baharu ditemukan dan Pusat Kawalan Bencana (PKB) turut ditutup pada masa yang sama,” jelasnya.

Bagaimanapun katanya, operasi akan disambung semula sekiranya terdapat maklumat atau petunjuk baharu berkaitan kehilangan mangsa.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img