Pesara rugi RM750,000 terperdaya individu menyamar polis dalam Whatsappa

SEORANG pesara di Kota Tinggi kerugian RM750,000 selepas terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai pegawai polis menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata lelaki berusia 60 tahun itu pada mulanya dihubungi suspek pada Sept lepas yang mendakwa namanya terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Beliau berkata mangsa kemudian diarahkan untuk menyerahkan dua kad ATM miliknya, kononnya bertujuan untuk membersihkan nama daripada tuduhan kes itu.

“Warga emas itu turut dijanjikan wang berkenaan akan dipulangkan selepas siasatan selesai, namun mangsa kemudian menyedari dirinya telah ditipu apabila wang yang dikeluarkan daripada akaun miliknya tidak dipulangkan semula,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusof berkata mangsa telah membuat laporan polis semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img