Kerajaan tegas banteras rasuah tidak kira kawan atau lawan – PM

SPERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Johor, bagi memaklumkan perkembangan semasa negara.

Katanya, dalam pertemuan itu, beliau dan baginda membincangkan ialah tentang langkah-langkah tegas tahun kebelakangan ini dan mutakhir ini terhadap amalan rasuah yang menular di peringkat atasan.

‘’Walaupun Kerajaan MADANI telah menegaskan bahawa di antara dasar utamanya ialah menekankan tatakelola menghapuskan amalan rasuah   namun masih ada saki baki yang terperangkap dalam kerangka dan pola budaya lama yang bobrok,’’ katanya pada sidang media khas, hari ini.

 Anwar berkata, beliau turut menyampaikan maklumat terkini hasil siasatan agensi-agensi berkaitan kes-kes yang sedang disiasat.

‘’Kita menekankan tidak akan bertolak ansur dan kita akan tegas menghadapi masalah ini. Sama ada kawan atau lawan, beberapa tindakan telah diambil yang melibatkan juga anggota pentadbiran tersebut di pejabat saya, rakan-rakan parti komponen dalam perpaduan, pembangkang, pimpinan utama angkatan tentera dan pejabat awam.

‘’Kita akan terus bertindak tegas menyelamatkan negara dan dapat menggunakan dana yang sewajarnya untuk membela nasib rakyat jelata,’’ katanya

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img