JKDM satukan pemeriksaan di pintu pelepasan KLIA1 mulai 1 Januari

PEMERIKSAAN Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap penumpang yang keluar dari Malaysia akan disatukan di pintu pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA1) mulai 1 Januari ini.

Ketika ini, JKDM menjalankan pemeriksaan menggunakan mesin pengimbas Departure Screening di zon berlepas selepas pemeriksaan Imigresen dan susun atur itu berpotensi menyebabkan kesesakan pada waktu puncak.

Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini memaklumkan, inisiatif baharu itu akan membolehkan penumpang melalui aliran pergerakan yang lebih lancar sebelum menaiki pesawat, sekali gus mengurangkan kesesakan dan masa menunggu di zon berlepas.

“Penambahbaikan ini dilaksanakan melalui kerjasama rapat antara MOT, JKDM, Malaysia Airports Holdings Bhd dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

“Langkah ini tidak menjejaskan tahap keselamatan atau penguatkuasaan kastam, sebaliknya pemeriksaan penumpang dan barangan akan terus diperkukuh melalui penyelarasan operasi dan pematuhan prosedur yang dipersetujui bersama,” kata kenyataan MOT itu hari ini.

Kementerian itu turut memaklumkan, penambahbaikan tersebut dijangka meningkatkan pengalaman penumpang, mempercepat proses menaiki pesawat serta memastikan operasi KLIA1 berjalan dengan lebih cekap, selamat dan tersusun selaras dengan amalan terbaik lapangan terbang antarabangsa.

“Bagaimanapun, sebarang cubaan membawa keluar barangan yang melanggar undang-undang akan tetap dikenakan tindakan tegas,” menurut kenyataan itu.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img