2 beradik lemas: Ibu bapa ditahan selepas beri keterangan meragukan

IBU bapa kepada dua beradik yang lemas apabila terperangkap dalam kereta yang menggelongsor lalu tenggelam di Sungai Linggi di sini, semalam, ditahan bagi membantu siasatan.

Pasangan itu akan dibawa ke Mahkamah Seremban pagi ini untuk permohonan reman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, berkata lelaki tempatan berusia 46 tahun dan wanita berumur 41 tahun itu ditahan selepas didapati memberi keterangan meragukan berhubung insiden terbabit.

“Hasil semakan mendapati lelaki itu mempunyai 16 rekod jenayah lampau, termasuk empat kes yang masih dikehendaki (WANTED), manakala wanita terbabit tiada sebarang rekod jenayah.

“Hasil ujian saringan air kencing terhadap kedua-dua mereka bagaimanapun didapati negatif. Namun, hasil semakan ke atas kereta terbabit kejadian itu mendapati ia adalah kenderaan dilaporkan hilang dalam satu laporan polis di Nusa Bestari, Johor, pada 2022,” katanya dalam satu kenyataan, lewat malam tadi.

Beliau berkata, orang ramai mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson menerusi talian 06-6472222 atau Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Husairin Che Hussin (012-965 4927) bagi membantu siasatan.

Semalam, media melaporkan dua kanak-kanak lemas selepas terperangkap dalam kereta yang tenggelam di Sungai Linggi ketika mereka sedang tidur dalam kenderaan itu.

Kejadian berlaku apabila kereta dinaiki dua beradik membabitkan kanak-kanak lelaki berusia enam dan perempuan berumur lapan tahun bersama ibu bapa itu dipercayai tiba-tiba menggelongsor ke dalam sungai ketika parkir di kawasan tebing.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img