Lelaki cabul wanita di Cheras direman empat hari

SEORANG lelaki direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes cabul terhadap seorang wanita di tingkat 15 sebuah residensi di Cheras, Kuala Lumpur semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan suspek sudah ditahan.

“Polis menerima laporan pada jam 11.20 pagi semalam terhadap suspek yang melakukan perbuatan cabul ke atas wanita di sebuah kediaman di Cheras,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, suspek berusia 24 tahun manakala mangsa pula berusia 21 tahun.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol semasa kejadian berlaku. Suspek bekerja di sebuah kedai permainan (gaming), manakala mangsa juga sudah bekerja.

“Suspek direman empat hari bermula hari ini hingga 5 Januari ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Tambahnya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img