Rastam Isa dilantik Pengerusi PUNB

PERBADANAN Usahawan Nasional Bhd (PUNB) telah melantik Rastam Isa sebagai pengerusinya berkuat kuasa 1 Januari.

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Izwan Zainuddin, berkata syarikat yakin pengalaman luas Rastam dalam kepimpinan akan memberi nilai tambah yang signifikan kepada PUNB, khususnya ketika ia menyambut ulang tahun ke-35 pada tahun ini serta memulakan pelan hala tuju strategik lima tahun bagi tempoh 2026 hingga 2030, lapor Bernama.

Rastam sebelum ini merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri sebelum bersara pada 2 September 2010, selepas berkhidmat lebih 36 tahun sebagai diplomat. Beliau paling terkini berkhidmat sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bukan Bebas FGV Holdings Bhd dari September 2023 hingga September 2025.

Beliau memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 17 April 1974.

Sepanjang kerjaya diplomatiknya, Rastam pernah memegang beberapa jawatan penting di luar negara, antaranya sebagai Pesuruhjaya Tinggi ke Pakistan (1994–1996), Duta Besar ke Bosnia Herzegovina (1996–1998), Duta Besar ke Indonesia (1999–2003), serta Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York (2003–2005).

Dalam sektor korporat, beliau pernah berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah syarikat swasta dan tersenarai awam di Malaysia, termasuk Eversendai Corporation Bhd, Sime Darby Energy Sdn Bhd, dan ING Public Takaful Ehsan Bhd.

Rastam juga pernah menjadi Pengerusi Tropicana Corporation Bhd dari 2014 hingga 2017 sebelum pelantikannya ke FGV Holdings Bhd.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img