TIGA buah kenderaan rosak selepas sebuah tong gas belon meletup dalam satu kejadian di Taman Sungai Ramal Indah, Kajang, tengah hari tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, panggilan kecemasan diterima pukul 12.40 tengah hari.
“Komander Operasi melaporkan kejadian melibatkan tong gas belon yang berada dalam stor khemah telah meletup serta mengakibatkan kemusnahan tiga buah kenderaan iaitu sebuah Proton Wira (30%), Perodua Axia (10%) dan Myvi (5%),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, kejadian tidak melibatkan mangsa.
“Seramai enam anggota termasuk pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dikerah ke lokasi kejadian,” ujarnya.


