Gempar penemuan ular sawa 80 kilogram dalam ladang sawit

SEEKOR ular sawa sepanjang kira-kira tujuh meter dan berat hampir 80 kilogram ditemukan seorang pekerja di sebuah ladang kelapa sawit sehingga menggemparkan penduduk di Kampung Sera, Baling pagi ini.

Pekerja lelaki terbabit yang dikenali sebagai Mandu terserempak dengan reptilia itu kira-kira jam 10.15 pagi ketika menjalankan rutin harian sebelum menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.

ULAR sawa dianggarkan sepanjang tujuh meter dan seberat 80 kilogram yang ditangkap di sebuah ladang sawit di Kampung Sera, Baling pagi ini. GAMBAR: APM Baling

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan mengenai kemunculan reptilia itu daripada pekerja terbabit.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, anggota kami mendapati seekor ular sawa bersaiz luar biasa berada di dalam kawasan ladang sawit.

“Operasi menangkap reptilia itu segera dijalankan dengan menggunakan peralatan khas bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohd Faizol, usaha menangkap ular sawa berkenaan mengambil masa kira-kira 30 minit dan berjaya dilaksanakan tanpa sebarang insiden tidak diingini.

“Berikutan saiz ular sawa itu yang agak besar, pihak kami terpaksa menggunakan sebuah lori untuk membawa haiwan itu ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Baling sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan lanjut.

“Pihak kami berterima kasih di atas tindakan pantas dan kerjasama orang awam yang segera memaklumkan penemuan ular sawa itu bagi mengelakkan sebarang kejadian yang boleh membahayakan nyawa,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img