Kembalikan guru kepada tugas asal mengajar,mendidik bukan dibebani kerja lain

AWANG ada ramai kawan yang bekerja sebagai guru.Tetapi ada juga yang berhenti dan ada pula tak sabar nak bersara awal atau bersara wajib.

Dulu orang suka jadi cikgu ini. Sebab kerja guru hanya mengajar dan menguruskan peperiksaan pelajar. Balik rumah dah tak fikir dah soal urusan sekolah, urus hal keluarga pulak.

Tetapi kalau ikut cerita kawan-kawan, guru sekarang kena buat macam-macam kerja sampaikan malampun tidur lewat sebab ada urusan sekolah kena selesai.  Hujung minggu pun kena pi sekolah.

Jadi Awang sokong sangat dengan kenyataan Setiausaha Agung NUTP, Fousi Singon yang berharap Kementerian Pendidikan (KPM) dapat ‘menghapuskan’ lebih banyak perkara bersifat kosmetik atau tidak memberi kesan kepada pembelajaran selepas merancang menyeragamkan pakaian sekolah pada tahun depan.

Memang betul pun banyak lagi soal lain yang KPM kena beri tumpuan. Bab seragam tak apalah teruskan tapi soal lebih penting ialah mengurangkan beban guru. Inilah masalah yang belum selesai-selesai sampai hari ini.

Fousi pun ada cakap, ‘’ada beberapa isu perlu diselesaikan segera seperti penggredan sekolah tidak dikemas kini, kekurangan guru dalam bidang tertentu dan beban tugas bukan pengajaran.’’

Awang tak tahu dah berapa menteri pendidikan yang naik, semua cakap benda sama tetapi akhirnya beban guru tak juga kurang-kurang. Dalam soal tugas guru ini, Awang tak kisahlah apapun orang lain nak kata tapi bagi Awang kerja guru ialah mengajar dan mendidik serta menguruskan peperiksaan murid.Itu saja.

Ini Awang dengar kerja perkeranian pun mereka kena buat, macam mana mereka tak penat. Mereka bukan robot. Lepas itu dapat pula guru besar atau pengetua yang ‘dok kemaruk’ nak kejar anugerah khidmat cemerlang. Yang jadi mangsa, guru-guru…semua kena bagi ‘perfect’. Ni bukan Awang reka cerita tapi ada cikgu juga cerita kat Awang.

Awang setuju sangat bila seorang wakil PIBG sebuah sekolah di Pulau Pinang kata ‘’ “Perubahan pakaian semata-mata tidak akan membawa kesan besar kepada pendidikan jika isu sebenar di sekolah tidak ditangani. Ada banyak isu lain lebih penting seperti kualiti pembelajaran, buli dan beban guru.’’

Jadi Awang harap KPM ambil perhatian keluhan dan pandangan yang dilontarkan. Tumpu kepada isu-isu yang dibangkitkan. Sebab itu bukan isu baru… lama dah…bak kata orang ‘dah berlumut’’…tak selesai-selesai jugak.

Awang  -Penat dah dengar keluhan cikgu..

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img