Khairul Aming buka tempahan Rembayung mulai 9 malam ini

PEMPENGARUH terkenal tanah air, Khairul Aming mengumumkan tempahan untuk restoran pertamanya Rembayung akan dibuka mulai jam 9 malam ini.

Usahawan produk makanan popular itu berkata, tempahan makanan tersebut kali pertama dibuka dan bagi memastikan kelancaran, segala perincian termasuk kaedah tempahan akan dijelaskan menerusi penstriman langsung beliau di TikTok malam ini.

“Tempahan untuk Rembayung akan dibuka jam 9 malam hari ini.

“Disebabkan ini kali pertama kita buka slot, semua perincian dan cara akan dijelaskan di TikTok Live KA malam ini,” katanya menerusi hantaran di Threads kira-kira sejam lalu.

Pada 9 Disember lalu, Khairul Aming mendedahkan beliau menyimpan rahsia selama setahun sebelum mengumumkan bakal membuka sebuah restoran diberi nama Rembayung bernilai RM4 juta.

Anak kelahiran Kelantan yang telah bergiat lebih 10 tahun dalam bidang digital dan penyediaan makanan itu berkata, pembukaan Rembayung merupakan langkah beliau seterusnya selepas melalui fasa pertama dalam bidang perniagaan.

Restoran Rembayung menurut Khairul Aming, dibina di atas tanah seluas 743.224 meter persegi (8,000 kaki persegi) di Kampung Baru iaitu hanya sembilan minit dari pusat beli belah KLCC atau Menara Berkembar Petronas.

Dalam pada itu, Khairul Aming turut memohon maaf atas pengumuman yang dibuat pada saat akhir, namun langkah itu diambil bagi memastikan segala persiapan berada pada tahap terbaik.

“Mohon maaf sebab umum saat akhir. Kita kena pastikan semua dah sedia, baru boleh umum hari ini,” ujarnya.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img