Nurul Nazla yang dilaporkan hilang ditemukan selamat – Adik

SEORANG wanita yang dilaporkan hilang sejak semalam, Nurul Nazla Abdul Halim, 41, ditemukan selamat hari ini.

Adiknya, Nadia, memaklumkan bahawa kakaknya itu telah kembali ke Hospital Shah Alam untuk bertemu suaminya kira-kira jam 6.30 petang tadi.

“Perkara itu dimaklumkan oleh abang ipar bahawa kakak saya sudah balik. Dia muncul di Hospital Shah Alam untuk berjumpa dengan suaminya kira-kira jam 6.30 petang.

“Setakat ini, kami sekeluarga masih tidak tahu dia pergi ke mana,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Sinar Harian.

Media sebelum ini melaporkan polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes Nurul Nazla yang hilang selepas melawat suaminya di Hospital Shah Alam, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol dilaporkan berkata, laporan mengenai kehilangan itu dibuat oleh adik kepada wanita berkenaan jam 12.06 tengah malam tadi.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati Nurul Nazla telah keluar dari Hospital Shah Alam selepas melawat suaminya yang sedang dirawat di wad hospital berkenaan kira-kira jam 2 petang semalam.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img