Pemandu lori positif dadah direman kes kemalangan maut penunggang motosikal

SEORANG pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal di Jalan Tenang Jaya, Pekan Tenang, Segamat semalam direman dua hari bagi membantu siasatan.

Suspek yang berusia 42 tahun direman untuk siasatan selepas didapati positif dadah.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Amalina Johar di Mahkamah Majistret Segamat hari ini bagi membenarkan permohonan polis untuk siasatan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintenden Ng Swie Chait berkata, polis menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada jam 6.45 petang.

Katanya, nahas dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa berusia lingkungan 20-an dari Segamat menghala ke Labis dirempuh dari belakang oleh lori dipandu suspek.

“Berikutan itu, penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suspek tidak cedera namun, hasil ujian saringan mendapati suspek positif dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Swie Chait berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai melihat atau mempunyai maklumat boleh menghubungi balai trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di talian 07-932 5811 bagi membantu siasatan,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img