Polis buru tiga suspek kes pecah rumah lari bersama kenderaan mangsa

POLIS sedang memburu tiga lelaki yang terlibat dalam jenayah  pecah rumah dan melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda milik mangsa di Muadzam Shah, Rompin pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa yang berusia 39 tahun membuat laporan polis mendakwa suspek melarikan barangan berharga dan wang tunai berjumlah RM70,000.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Bhai Sharif Mondoi berkata, suspek turut melarikan kenderaan jenis Nissan Navara milik mangsa yang diletakkan di dalam pagar rumah.

Katanya, bertindak atas maklumat GPS yang dipasang pada kenderaan mangsa, polis berjaya menjejaki lokasi kenderaan itu sekitar jam 10 pagi berhampiran tapak projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) di Jambu Rias, Karak, Bentong.

“Namun, sebaik sahaja menyedari kehadiran polis yang menghampiri kenderaan tersebut, suspek bertindak melarikan diri dan polis mengejar jauh 10 kilometer hingga ke Kampung Chinta Manis di Karak.

“Suspek seterusnya meninggalkan kenderaan tersebut dan melarikan diri ke dalam kawasan hutan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan itu Sharif Bhai berkata, kenderaan mangsa yang dilarikan itu berjaya dijumpai dan dibawa ke Balai Polis Karak untuk tindakan lanjut.

“Walaupun suspek berjaya melarikan diri ke hutan berdekatan, tapi usaha mengesan mereka giat dijalankan.

“Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini supaya menyalurkan maklumat berkaitan kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin di talian 09-414 5222,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img