Kenaikan gaji penjawat awam bukan atas desakan tetapi keperluan – PM

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan, kenaikan gaji penjawat awam bukan dilakukan atas desakan mereka tetapi dibuat kerana ada keperluan.

Katanya, kali terakhir kenaikan tahunan gaji penjawat awam berlaku lebih 10 tahun lalu sedangkan  tanggungjawab penjawat awam juga sudah bertambah dan gaji yang diterima hanya sekadar memenuhi keperluan keluarga.

“Kenaikan gaji itu menyebabkan kos tambahan keseluruhan RM18 bilion. Ini bukan kerana tuntutan penjawat awam, (tetapi) kerana kita lihat tanggungjawab bertambah dan (tempoh) 12 tahun diakui gaji mereka hanya memenuhi hak sebagai ketua keluarga.

“Jadi, saya mulakan dengan memberikan keadilan kepada rakan penjawat awam. Ini termasuk gaji hakim. Ada yang bertanya kenapa naik mendadak 30 peratus. Ini kerana selama 10 tahun sejak 2015, tidak ada kenaikan tahunan, tidak ada kajian semula,” katanya ketika menyampaikan Perutusan Khas Tahun Baharu 2026 di Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri, di Putrajaya hari ini.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img