Manchester United pecat Ruben Amorim

MANCHESTER United mengesahkan pemecatan Ruben Amorim sebagai ketua jurulatih selepas 14 bulan mengemudi pasukan, susulan keputusan seri 1-1 menentang Leeds United, semalam.

Keputusan itu menyaksikan pengendali dari Portugal berkenaan meninggalkan Old Trafford lebih awal walaupun kontraknya masih berbaki hingga 2027, dengan United ketika ini menghuni tangga keenam Liga Perdana Inggeris.

 Jurulatih bawah 18 tahun kelab, Darren Fletcher, dilantik sebagai pengendali sementara sementara pihak pengurusan mencari pengganti tetap.

Amorim meninggalkan United dengan rekod 24 kemenangan daripada 63 perlawanan, sekali gus mencatatkan rekod ketiga terburuk dalam kalangan pengurus tetap sepanjang sejarah kelab gergasi itu.

Dalam kenyataan rasminy, kelab itu berkata, :

‘’ Ruben Amorim telah meninggalkan peranannya sebagai Ketua Jurulatih Manchester United.

‘’Ruben dilantik pada November 2024 dan berjaya membawa pasukan mara ke Final Liga Europa UEFA di Bilbao pada bulan Mei.

‘’Dengan Manchester United kini berada di kedudukan keenam Liga Perdana Inggeris, kepimpinan kelab dengan berat hati telah membuat keputusan bahawa kini adalah masa yang sesuai untuk melakukan perubahan.

‘’Keputusan ini dibuat bagi memberi peluang terbaik kepada pasukan untuk mencapai kedudukan tertinggi yang mungkin dalam Liga Perdana Inggeris. Kelab ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ruben atas sumbangannya kepada kelab dan mendoakan kejayaan beliau pada masa hadapan.

‘’Darren Fletcher akan mengambil alih tugas mengendalikan pasukan dalam perlawanan menentang Burnley pada hari Rabu.’’

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img