Polis ambil keterangan pemilik kenderaan tutup nombor pendaftaran isi petrol RON95

POLIS telah mengambil keterangan seorang penduduk tetap Singapura yang didakwa menutup nombor pendaftaran kenderaan dipandunya untuk mengisi petrol RON95 di sebuah stesen minyak di Kulai, Johor baru-baru ini.

Pemandu dan isterinya, masing-masing berusia 63 dan 67 tahun hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai selepas dipanggil polis berikutan rakaman tindakan mereka itu tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, polis sedang melengkapkan kertas siasatan terhadap pasangan itu dan sebaik sahaja ia lengkap, pihaknya akan merujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan selanjutnya.

“Pemilik kenderaan itu telah hadir di IPD Kulai untuk membantu siasatan. Kertas siasatan masih dalam tindakan dan akan dirujuk kepada pejabat TPR segera untuk arahan lanjut,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini, lapor Harian Metro.

Seng Lee semalam dilaporkan berkata, polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan bernombor pendaftaran Singapura itu dan mendapati pemandu merupakan pemegang status penduduk tetap (PR) republik itu.

Katanya, pemilik kenderaan itu diarahkan hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kulai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebelum ini tular video berdurasi satu minit 30 saat memaparkan seorang individu yang mengesan perbuatan pemilik kenderaan bernombor pendaftaran Singapura sedang mengisi petrol RON95 di sebuah stesen minyak di Kulai.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img