Tekanan hadapi peperiksaan A-Level mungkin punca remaja Britain larikan diri

MINERVA Balisong berkata tekanan menghadapi peperiksaan A-Level mungkin menjadi punca remaja anaknya  David Balisong, melarikan diri ke Malaysia.

Katanya, beliau merasakan anaknya mengalami sedikit tekanan dan walaupu tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara, namun David lebih suka menyendiri.

“Dia seorang anak yang sangat baik. Jadi apabila perkara ini berlaku, ia benar-benar mengejutkan.  Saya rasa datang ke Malaysia untuk merehatkan minda adalah satu jalan yang dia pilih,” katanya kepada Buletin TV3.

Beliau berkata, mereka cuba menghubungi David beberapa kali kerana dia tidak mempunyai sebarang saudara atau kenalan di Malaysia.

“Sejak dia dilaporkan hilang, telefon bimbitnya dimatikan. Kami juga telah menghantar beberapa mesej dan emel (tiada jawapan), namun berputus asa bukanlah satu pilihan kerana saya tahu hanya ibu dan bapa yang sanggup mencari anak mereka hingga ke hujung dunia,” katanya.

Minerva juga menzahirkan penghargaan kepada pihak yang telah menjumpai remaja itu.

“Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia termasuk pihak berkuasa dalam usaha mencari ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih khas kepada insan yang melaporkan penemuannya. Anda telah melakukan tindakan yang betul dan berani,” katanya

Semalam, remaja yang dilaporkan hilang sejak 7 Jun lalu ditemui selamat oleh polis di sebuah hotel berhampiran Jalan Pudu.

Sementara itu, Polis mengesahkan David tidak mengalami sebarang trauma atau kecederaan selepas ditemukan malam tadi..

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata hal itu hasil pemeriksaan kesihatan terhadap remaja berusia 17 tahun itu di Hospital Cyberjaya dan Balisong telah diserahkan kepada ibunya dalam keadaan selamat.

“Mangsa akan dibawa pulang ke Britain kerana Visa Lawatan mangsa tamat hari ini dan kini (kes) remaja itu telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) KLIA untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata hasil siasatan awal mendapati remaja itu dikatakan meninggalkan rumahnya di Britain berpunca daripada perselisihan faham dengan keluarga dan datang ke Malaysia pada 6 Jun lepas.

Beliau berkata Balisong ditemukan hasil maklumat yang diterima daripada seorang lelaki dikenali sebagai ‘Uncle Kentang’ sebelum sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menemukannya di hotel tersebut pada 5.17 petang.

Pelajar cemerlang dari Cheadle, Greater Manchester itu meninggalkan rumah pada awal pagi 6 Jun dan menaiki penerbangan seorang diri dari Manchester ke Kuala Lumpur serta bertindak mematikan telefon sejurus tiba di Malaysia.

Remaja terbabit dilaporkan menghantar e-mel kepada ibunya buat kali terakhir pada 9 Julai lepas dan  antara kandungan e-mel itu ialah pesanan supaya ahli keluarga tidak mencari atau bimbangkan keadaan dirinya selain mendoakan agar mereka berjaya dalam kehidupan serta memohon maaf atas tindakannya itu.

;



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img