Pelakon Isma Aliff meninggal dunia

PELAKON, penyanyi dan pelawak era 1980-an, Isma Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Latiff Ismail meninggal dunia pagi ini di kediamannya di Kampung Melayu Ampang, Selangor.

Allahyarham berusia 62 tahun.

Berita pemergian artis itu disampaikan oleh ahli keluarganya sebentar tadi yang memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 8.30 pagi.

“Assalamualaikum. Innalillahiwainnalillahirajiun. Isma Alif atau Latiff telah menghembuskan nafasnya, kembali kepada penciptanya baru sekejap ini. Jenazahnya masih di rumah,” tulis kenyataan tersebut.

Adiknya yang dikenali sebagai Angah memaklumkan, Allahyarham sudah lama mengalami masalah kesihatan, namun keadaannya dilaporkan merosot sejak seminggu lalu.

Isma Aliff merupakan antara wajah popular sekitar era 1980-an melalui pelbagai drama, filem dan program hiburan, selain aktif sebagai pelawak dan pengacara.

Allahyarham Isma pernah membintangi beberapa karya terkenal dan sering digandingkan bersama rakan-rakan pelakon komedi tanah air pada zaman kegemilangannya.

Antara filem yang pernah dibintanginya adalah Mawar Merah, Marah-Marah Sayang, Sayang Ibu dan Kembar Siam.

Sebelum ini, Allahyarham pernah dimasukkan ke Hospital Ampang selepas mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru sehingga ditidurkan pada 15 Disember 2023.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img